Saringan Kesihatan @ Bazar Raya NADI
23 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mac 2025, Staf NADI telah mengadakan saringan kesihatan di NADI Batas Lintang bersempena Bazar Raya NADI yang diadakan di seluruh Malaysia. Tujuan saringan kesihatan ini diadakan adalah untuk memberikan saringan kesihatan asas seperti tekanan darah tinggi, gula dalam darah dan BMI badan komuniti.
Selain itu, staf NADI juga memberi nasihat asas kepada komuniti jika keputusan pemeriksaan mereka kurang baik agar tidak memudaratkan kesihatan mereka pada masa akan datang.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: